Kerjaya

Terdapat tiga kategori ejen/wakil dalam program kerjaya di AMTC iaitu Wakil, Konsultan dan Mutawwif.

Wakil
AMTC membuka peluang kepada semua umat Islam yang berminat untuk menjadi wakil syarikat bagi mempromosikan pakej Umrah yang ditawarkan oleh MARLI Travel & Tours Sdn. Bhd. Pakej Wakil adalah seperti berikut:-

Pakej Raudah - RM 100

  • Layak menjadi Wakil Raudhah syarikat AMTC
  • Layak untuk menghadiri Kursus S.B.K. (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’) selama setengah hari
  • Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
  • Ujrah/komisyen untuk setiap Wakil Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20
  • Ujrah/komisyen untuk setiap wakil yang diperkenalkan yang membayar pakej Ka’abah RM1,700 atau Pakej Umrah Kembara Sufi ialah RM200.

Pakej Ka’abah - RM1,700.00

  • Layak menjadi Wakil Kaabah syarikat AMTC
  • Layak untuk mendapat perlindungan takaful kemalangan P.A (Personal Accident Takaful) bernilai RM20,000 untuk tahun pertama sahaja (untuk tahun yang berikutnya, wakil mempunyai pilihan bayaran sendiri samada ingin meneruskan sendiri atau tidak)
  • Mendapat Baucer bernilai RM100 untuk menghadiri kursus Konsultan
  • Berpeluang menjadi Konsultan & Mutawwif untuk Umrah Kembara Sufi
  • Layak untuk menghadiri Kursus S.B.K. (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’) selama setengah hari
  • Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
  • Ujrah untuk setiap Wakil Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20
  • Ujrah untuk setiap Wakil Kaabah yang diperkenalkan ialah RM700
  • Ujrah untuk setiap pendaftaran tunai pakej Kembara Sufi Eksklusif RM6,500 ialah RM700.

Konsultan
Syarat untuk menjadi Konsultan AMTC ialah telah membayar yuran sebagai Wakil Kaabah sebanyak RM1,700 dan telah menghadiri Kursus SBK. Bagi yang telah membayar RM100 untuk Wakil Raudhah, mereka hanya perlu menambah baki lagi RM1,600 (tiada tempoh had masa) untuk melayakkan diri sebagai Konsultan. Selepas menghadiri Kursus SBK, mereka perlu mengikuti Kursus Konsultan untuk melayakkan mereka mendapat keistimewaan sebagai Konsultan.
Keistimewaan Sebagai Konsultan
  • Kursus Konsultan Untuk 1 Hari (Teori & Praktikal)
  • Baju Korporat AMTC
  • Kad Perniagaan
  • Kad Kuasa
  • URL www.akademimutawwif.my/namaanda
  • Insentif Konsultan Sebanyak RM200 Setiap Satu Kes (apabila membantu Wakil membuat jualan)
  • Layak Membuka Prebiu Centre
  • Berpeluang Membuka Service Centre
  • Bimbingan dan Tunjuk-Ajar Berterusan Dari AMTC
  • Nama dan Gambar Anda Akan Diiklankan Dalam Website AMTC
  • Sijil Tamat Latihan Kursus

Mutawwif
Kelayakan seorang Mutawwif ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat, serta perlu menghadiri Kursus Mutawwif yang dianjurkan oleh Syarikat.

Syarat-syarat asas yang diperlukan ialah:-

  • Asas Bahasa Arab yang baik
  • Kebolehan dalam kepimpinan dan pengurusan jemaah
  • Mahir dalam aspek sejarah khususnya hal berkaitan ibadah Umrah/ Haji

No comments:

Post a Comment