Menjadi Wakil Syarikat
AMTC membuka peluang kepada semua umat Islam yang berminat untuk menjadi wakil syarikat bagi mempromosikan pakej Umrah yang ditawarkan oleh MARLI Travel & Tours Sdn. Bhd. Pakej Wakil adalah seperti berikut:-
- Pakej Raudhah (RM100.00)
- Pakej Ka’abah (RM1,700.00)
Dalam hal ini, kontrak yang termeterai dinamakan kontrak al-Wakalah bi Ujr (Wakil atau Ejen dengan Upah). Kontrak ini memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberikan kuasa (al-Muwakkil). Dalam konteks ini, AMTC berperanan sebagai al-Muwakkil akan membayar komisyen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila wakil tersebut mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-Ju’alah. Kontrak al-Ju’alah ialah suatu kontrak yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji (al-Ja’il) iaitu AMTC.
Keistimewaan setiap Pakej
a. Pakej Raudhah (RM100.00)
- Layak menjadi wakil Raudhah syarikat AMTC
- Layak untuk menghadiri kursus setengah hari yang dinamakan SBK (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’)
- Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
- Ujrah/komisyen untuk setiap wakil Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20.00
- Ujrah/komisyen untuk setiap wakil yang diperkenalkan yang membayar pakej Ka’abah RM1,700 atau Pakej Umrah Kembara Sufi ialah RM200.00
- Layak menjadi wakil Kaabah syarikat AMTC
- Layak untuk mendapat perlindungan P.A (Personal Accident Takaful) bernilai RM20K untuk tahun pertama sahaja (untuk tahun yang berikutnya, wakil mempunyai pilihan bayaran sendiri samada ingin meneruskan sendiri atau tidak)
- Mendapat Baucer bernilai RM100 untuk menghadiri kursus Konsultan.
- Berpeluang menjadi Konsultan & Mutawwif untuk Umrah Kembara Sufi
- Layak untuk menghadiri kursus setengah hari yang dinamakan SBK (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’)
- Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
- Ujrah untuk setiap wakil Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20.00
- Ujrah untuk setiap wakil Kaabah yang diperkenalkan ialah RM700)
- Ujrah untuk setiap pendaftaran tunai pakej Kembara Sufi Eksklusif RM6,500 ialah RM700.00.
Dalam hal ini, kontrak yang termeterai dinamakan kontrak al-Wakalah bi Ujr (Wakil atau Ejen dengan Upah). Kontrak ini memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberikan kuasa (al-Muwakkil). Dalam konteks ini, AMTC berperanan sebagai al-Muwakkil akan membayar komisyen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila wakil tersebut mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-Ju’alah. Kontrak al-Ju’alah ialah suatu kontrak yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji (al-Ja’il) iaitu AMTC.
Cara untuk mengerjakan Umrah bersama AMTC
Sebagai calon-calon tetamu Allah, setiap daripada wakil/jemaah mempunyai pilihan untuk melunaskan bayaran untuk mengerjakan Umrah bersama AMTC @ MARLI TRAVEL melalui 3 kaedah:-i. Pilihan bayaran secara TUNAI. Jika berkemampuan calon jemaah boleh terus memilih pakej dan tarikh penerbangan serta membuat bayaran secara TUNAI seperti yang diamalkan oleh syarikat travel yang lain. (Keterangan lanjut boleh berhubung dengan pihak syarikat) ii. Pilihan bayaran secara ANSURAN. Dengan kaedah ini, calon jemaah boleh terus memilih pakej dan tarikh penerbangan serta membuat bayaran pendahuluan (booking) seperti yang diamalkan oleh syarikat travel yang lain. Bakinya boleh dilunaskan secara ansuran setiap bulan mengikut persetujuan, tetapi bayaran penuh perlulah dijelaskan 2 bulan sebelum penerbangan. *Cadangan: Sekiranya kita memulakan tabungan sendiri RM100 setiap bulan secara konsisten, insyaAllah dalam masa 5 tahun kita akan mampu pergi menunaikan Umrah bersama AMTC. iii. Pilihan bayaran secara SBK. Dengan kaedah Silaturrahim, Berjemaah & Khusyuk, calon jemaah yang mempunyai impian untuk ke Tanah Suci tetapi kurang berkemampuan, boleh membuat pendaftaran sebagai Wakil Kaabah AMTC sebanyak RM1,700.00 (dengan faedah-faedah yang khusus). Wakil tersebut boleh mula memperkenalkan calon jemaah / wakil baru yang berdaftar dengan AMTC melalui program-program prebiu yang dianjurkan diseluruh negara. Syarikat akan membayar Ujrah kepada Wakil, dan ujrah tersebutlah yang akan digunakan untuk tabungan Umrah. Manakala, lebihan komisyen tersebut (setelah tabungan Umrah penuh) adalah merupakan pendapatan tambahan wakil tersebut.
Apakah syarikat travel berlesen yang digunapakai oleh AMTC?
Setakat hari ini, syarikat AMTC mempunyai 2 platform syarikat pelancongan yang akan menguruskan jemaah iaitu Muhammadiyah Travel & Tours S/B & MARLI Travel & Tours S/B sebagai penyedia perkhidmatan (ground) di Mekah & Madinah yang mempunyai lessen pelancongan Inbound, Outbound & Ticketing.
Apakah kelayakan menjadi Mutawwif Syarikat?
Kelayakan seorang Mutawwif ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat, serta perlu menghadiri Kursus Mutawwif yang dianjurkan oleh Syarikat. Syarat-syarat asas yang diperlukan ialah:-
- Asas Bahasa Arab yang baik
- Kebolehan dalam kepimpinan dan pengurusan jemaah
- Mahir dalam aspek sejarah khususnya hal berkaitan ibadah Umrah/ Haji
Apakah perbezaan di antara Pakej Umrah Kembara Sufi (Standard) dengan Pakej Umrah Kembara Sufi (Eksklusif)?
sila rujuk lampiran perbezaan pakej tersebut
Apakah borang yang diperlukan untuk pendaftaran seorang Wakil (pakej Raudhah)?
Borang sementara (yang difotostat)
Apakah borang yang diperlukan untuk pendaftaran seorang Wakil (pakej Kaabah)?
Borang pendaftaran original (3 Salinan) serta borang Khidmat Konsultan (2 Salinan)
Apakah syarat-syarat menjadi Servis Centre AMTC?
Kelayakan menjadi Servis Centre AMTC ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat. Keistimewaan sebagai Servis Centre AMTC akan dihuraikan dalam Kursus Konsultan
Adakah pakej-pakej Umrah lain yang ditawarkan oleh AMTC?
Selain pakej Umrah Kembara Sufi pakej Standard & Ekslusif, Syarikat juga ada menawarkan pakej Umrah VIP & pakej Umrah Murah (Customize Package). Keterangan lanjut boleh berhubung dengan Syarikat.
Apakah keistimewaan-keistimewaan lain sebagai Wakil AMTC?
Selain dari pakej Umrah, para Wakil juga boleh mempromosikan pakej produk-produk yang lain dengan tawaran harga istimewa seperti Pen al-Quran, Jam Azan Digital, e-Mutawwif, Minyak Wangi Kasturi, Jam Waktu Solat, Buku Penawar & Penyucian Jiwa, DVD dan sebagainya. Selain itu juga Syarikat telah mewujudkan unit-unit khas seperti Unit Pengurusan Haji & Badal Haji, Unit Pengurusan Waqaf, Unit Pengurusan Qurban Aqiqah dan sebagainya dimana para wakil yang berminat juga boleh melibatkan diri serta mendapat manfaat ujrah sebagai Wakil.
RUMUSAN/KHULASAH
Penyemakan dari semasa ke semasa juga akan dijalankan bagi memastikan perjalanan konsep AMTC ini menepati hukum Syara’. Saya mengalukan komentar membina daripada pelbagai pihak sekiranya didapati ada perkara penting yang terlepas pandang daripada semakan & pemerhatian kami. Semoga Allah memberikan taufik & hidayah kepada kita semua untuk menyokong usaha-usaha & kerja-kerja dakwah yang murni ini.
Wallahu’alam
Ikhlas kerana Allah
Ust. Mohd Fadhli bin Mohd Faudzi
Penasihat Syariah AKADEMI MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY (AMTC)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENDIDIKAN
Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Major di dalam Usul Fiqh dan Fiqh) dan (Minor di dalam Sejarah Tamadun Islam), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
PENGALAMAN KERJA (Disember 2002 – Januari 2011)
• Penolong Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad.
• Ketua Jabatan Sekretariat dan Pematuhan Shariah, ACR ReTakaful SEA Berhad (Malaysia) dan ACR ReTakaful MEA B.S.C. © (Bahrain).
• AVP Jabatan Pematuhan Syariah, Al-Rajhi Bank Malaysia Berhad.
• Timbalan Pengurus, Seksyen Pengurusan & Pematuhan Syariah, Jabatan Pengurusan Risiko, Bank Muamalat Malaysia Berhad.
• Eksekutif Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

No comments:
Post a Comment